Bingkisan dari 2nd Pahang Cj's Open 2010

Ditulis Oleh Gasing Darters

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dilimpahi kesihatan yang berpanjangan.

Catatan kali ini agak lambat ditulis. Kesibukan tidak mengizinkan saya untuk menulis. Kali ini saya ingin menulis mengenai 2nd Pahang Cj's Open 2010 yang telah berlangsung baru-baru ini. Pasti semua sudah sedia maklum bahawa Team Denso Rock Heaven telah mendominasi bagi kategori Team Event dan Single Event. Syabas Team Denso Rock Heaven kerana menjuara kategori pasukan dan Tengku Hadzali (THS) telah menjuarai acara individu.

Bagi team Gasing Darters, pencapaian boleh dikatakan agak 'baik'. Bagi ke kejohanan ini, Gasing Darters telah dibarisi oleh Kitaro, RJ, Razif, Mie dan darters ke5 yang bertindak selaku pengurus pasukan iaitu Sabri. Gasing Darter tidak dapat menyenaraikan darter-darter utama kerana mempunyai urusan peribadi yang agak penting. Dhan terlibat dengan kursus jabatan, manakala Amar tengah mengulangkaji pelajarannya. Alhamdulillah Gasing Darters telah berjaya memujuk Mie (ex-darters Fluckers) menganggotai Team Gassing Darters bagi melengkapkan 4 orang pemain.Cuma tidak berjaya mendapatkan Naza dari SC kerana beliau mempunyai alasannya sendiri. Terpaksalah membawa Sabri.

Gasing Darters telah diundi satu kumpulan dengan My Team Mad House (Amin, Jas, Anandan, Ravi & Raju) yang membarisi pemain kebangsaan dan bekas pemain kebangsaan. Mentari Kompresor adalah pelengkap pasukan ke 3. Format 3 pasukan dalam kumpulan memang amat menyukarkan untuk mengatur strategi. Pilihan samada mahu bermain di pusingan kedua adalah 'winner pool' atau 'second chance'. 2 pasukan teratas akan bermain di 'winner pool' dan pasukan ketiga dalam kumpulan akan bermain di 'second chance'. Pada awalnya, Gasing Darters ingin bermain di 'second chance' dimana peluang untuk mara ke peringkat lebih jauh lebih mudah. Tetapi disebabkan Mentari Kompresor di undi satu kumpulan, reputasi Gasing Darters haruslah dijaga. Mentari Kompresor tidak pernah berjaya mengalahkan Gasing Darters sebelum ini. Malulah Gasing Darters kalau sengaja ingin kalah dengan Mentari Kompresor. Gasing Darters telah mengalahkan Mentari Kompresor 11-1. Tetapi kehebatan My Team Mad House tidak dapat ditandingi oleh Gasing Darters apabila kalah 1-11.

Pada pusingan kedua, Gasing telah dijadualkan bertemu dengan Merdeka Darters. Pasukan yang telah mengalahkan Gasing Darters ketika Kejohanan Johor Open pada tahun ini. Strategi baru telah diatur. Alhamdulillah Gasing telah menang dengan 7-1. Strategi yang diatur berjaya dilaksanakan.

Pada pusingan Ketiga (last 16) Gasing ditemukan dengan team dari singapura iaitu Nomad 1997. Team ini, tidak kami ketahui kekuatannya. Tetapi dibarisi pemain yang telah bermain dalam perlawanan persahabatan antara pilihan malaysia lawan pilihan singapore iaitu Paul. Gasing Darters telah menunjukkan permainan yang begitu mantap sekali. Sehingga permainan 2nd Double, Gasing Darter telah mendahului 6-4 dan hanya memerlukan 1 set sahaja lagi untuk ke suku akhir. Saya yang turun di game terakhir tersebut tidak berjaya untuk menang apabila kalah 0-2 dan telah menyebabkan kedudukan terikat 6-6. Tie breaker game 4 some terpaksa dijalankan bagi menentukan pemenang. Gasing Darters mendahului dengan agak selesa pada awal game tie break ini dengan mendahului lebih 200 point. Kesilapan di hujung permainan dan kehebatan pemain Nomad amat menyerlah di hujung permainan. Nomad telah menang dan berjaya ke Suku Akhir.

Walaubagaimana pun, Gasing Darter telah menunjukkan semangat juang yang kental bagi kejohanan ini. Insyallah, Gasing darters akan meneruskan usaha mengukir nama di persada kejohanan dart yang akan datang.

Gambar yang dapat di kongsikan.



Sabri dengan bangganya dengan trophi  9/16th

Mie pemain baru Gasing Darters

Rizal dengan pasukan




Darts Corner - UK Darts Superstore

0 komen telah ditulis:

Catat Ulasan

anda ingin memberi cadangan. Tinggalkan komen anda disini.