KEJOHANAN DART 2nd RAYA CHALLENGE JEMPUTAN PERSEORANGAN BUMIPUTRA SEPANG

Ditulis Oleh Gasing Darters





KEJOHANAN DART '2nd RAYA CHELLENGE' PERSEORANGAN JEMPUTAN BUMI SEPANG


Acara : Peseorangan

Tarikh :  18 Oktober 2009 (Ahad)

Tempat: Rumah Kelab Persatuan Dart Bumiputra Sepang.
KOSMOPLEK Bandar Baru Salak Tinggi

Yuran : RM30/seorang


Pendaftaran terbuka kepada kelab-kelab yang menerima jemputan dan darter-darter sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya sahaja.





Kejohanan Dart Single (Bumiputra) Malaysia (10 & 11 Okt 2009)

Ditulis Oleh Gasing Darters


Acara : Kejohanan Dart Single (Bumiputra) Malaysia



Tarikh : 10 & 11 Okt 2009


Lokasi : Rumah Kelab Dart Bumiputra Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor.


Yuran : RM100.00

Atas sebab yang tidak dielakkan, Event ini telah dibatal dan ditunda kepada suatu tarikh yang akan diumumkan kelak.

1st H.I.D.E Darts Tournament (3 Oct 2009 & 4 Oct 2009

Ditulis Oleh Gasing Darters



Acara : 1st H.I.D.E. Darts Tournament

Tarikh : 3 Okt (Team event) & 4 Okt (Singles)

Lokasi :
H.I.D.E. Cafe, Bandar Menjalara, Kepong, Kuala Lumpur.

Yuran :
RM350.00 (Team event) & RM100.00 (Singles)
 
 



PESTA SUKAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA 2009 (PSKK 2009)

Ditulis Oleh Gasing Darters






Final PSKK 2008 - KWSP & KASTAM


PERTANDINGAN DART 
PESTA SUKAN KEMENTERIAN KEWANGAN 2009

Dikelolakan Oleh
JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA [JPPH]

Tarikh & Tempat Pemainan
5, 6 dan 7 NOVEMBER 2009
PERMATA


- TERIMA KASIH -

=============================

GASING DARTERS ( KWSP)
UBERANI  UBERJAYA

Personalised Darts Shirts, Surrounds And Dartmates

Ditulis Oleh Gasing Darters






Personalised Darts Shirts, Surrounds And Dartmates

Look like Champions and play like Champions with personalised darts products from Signature Sports. These shirts, surrounds and dartmates will show the world that you and your club are serous in your chosen sport.
Personalised Darts Shirts, Surrounds And Dartmates
We also offer a full printing and embroidery service, including individual names, and enclose some examples of recent printing.
full printing and embroidery service
For further information:
Telephone - 0844 344 7373
Email - sigsportinfo@signaturesports.co.uk
www.signaturesports.co.uk


DartsE: Latest news

Ditulis Oleh Gasing Darters


Hi,
The first FREE $50,000  online tournament starts on 18th September. More details will be announced shortly. If you want to be among the winners we recommend that you make full use of the FREE PRACTICE AREA.
Click the "Practice" button on the top right of the screen. The practice area is available 24/7 for unlimited FREE practice.

Winmau iPhone Darts Scorer

Ditulis Oleh Gasing Darters


Visit Red Dragon Darts
Winmau iPhone Darts Scorer
Winmau iPhone Darts Scorer
#
sales@reddragondarts.com

Jalan-jalan main dart di BANTING DARTERS CAFE

Ditulis Oleh Gasing Darters



Apa khabar semua. Nak ucapkan 'Selamat Hari Raya Aildilfitri' dahulu. Ucapan tahniah kepada saudara Masrul dari Bumi Dart Sepang kerana telah menimang cahaya mata terbaru pada hari raya bebaru ini yang telah melengkapkan pasukan '4 Some' beliau.


Kali ni aku nak perkenalkan satu tempat di Banting, Selangor yang menyediakan kemudahan bermain Dart. Tempat tersebut adalah BANTING DARTERS CAFE. Terletak ditengah-tengah pekan Banting. Tempat ini di buka oleh saudara Mano. Seorang Darters Veteran.

Setiap hari sabtu pada sebelah malamnya akan diadakan perlawanan 'blind draw' bagi Singgle dan Double. Kebiasaanya dalam 10 ke 20 darters akan menghadirkan diri di tempat ini. Disini terdapat kemudahan TV ASTRO disediakan bagi peminat bola EPL dan mungkin ada pasukan kegemaran bermain pada hari sabtu. Saya yang berkunjung tempat beliau pada hari sabtu lepas, dapat menyaksikan pasukan kegemaran saya bermain di kafe ini. dapat saya bermain dart sambil tengok perlawanan EPL. tiada masalah.
Kepada sesiapa yang berkesempatan bolehlah berkunjung ke Kafe ini. Alamat seperti dibawah ini.

BANTING DARTERS CAFE
No 63, Jalan Bunga Pekan 4,
42700 Banting, Selangor
Mr. MANO - 012-9308555

Boleh juga hubungi Mr. Edwin. Beliau adalah regular darters yang bermain di sini. Hubungi beliau di 014-6377133. Beliau akan datang bermain sama.

Sedikit gambar yang dapat saya ambil di kafe ini.




Mr. Mano. Pemilik Kafe.



MK dan Mr Mano.




AMIN : 2008 D-Crown TIGA Granprix Tournament SemiF2 Amin vs Sho

Ditulis Oleh Gasing Darters





Antara video pilihan dari AMIN

AMIN : TIGA International Player

Ditulis Oleh Gasing Darters






Kali ni aku nak tulis pasal seorang 'darter' Malaysia yang bertaraf antarabangsa. Darter yang ditaja oleh TIGA.  Beliau adalah saudara Amin Abd Ghani .Beliau satu-satunya darter antarabangsa yang ditaja oleh TIGA sebelum ini sebelum darter  Ray Carver ditaja.

Aku ingin bercerita serba sedikit pengalaman aku selama aku mengenali beliau. Aku mengenali beliau sejak 2008 walaupun beliau tidak mengenali aku. Aku yang mula aktif bermain dart tahun 2008. Masa tu aku begitu teruk sekali bermain dart ni. Aku berangan sekali ingin bermain dart dengan pemain yang terbaik dan terkenal. Ketika pada tahun 2008, aku hanya mengenali saudara Amin ini sebagai pemain No 1 Malaysia.

Ketika itu, satu kejohanan telah diadakan di Banting ( dekat rumah aku ). Pertandingan yang telah diadakan sebuah Pub di Banting. (lupa lak ape nama pub tu, pub tu dah tutup dah jadi kelab dandut). kejohanan tersebut telah di 'organized' oleh Mr Mano dan Mr. Edwin (darters Banting). Ketika undian, aku mengetahui saudara Amin turut serta memasukki kejohanan. itulah pertama kali aku aku melihat Amin. Kejohanan tersebut turut diserta oleh darters Zouk's , Bumi Sepang dan darters yang aku tak kenal. Maklumlah aku masa tu buta dart.

Ketika undian aku berseloroh. Biarlah aku diundi satu kumpulan dengan Amin. Sebab bagi aku kalah dalam kumpulan lebaih baik kalah di pusingan kalah mati. tapi aku tidak diundi satu kumpulan dengan amin. Okeylah tu. dalam kumpulan aku, aku mendapat tempat kedua dan layak untuk ke pusingan ke 2. Pada pusingan ke 2 aku dijadual bertemu dengan Haikal dari Zouk's darters. Aku menang 2-1. Macam tak percaya jer aku menang. Tapi aku aku tak tahu siapa yang akan aku lawan pada pusingan ke3. hahahah. AMIN. Mampus aku.

Pada pusingan ke3, aku dijadual bertemu saudara Amin. Aku gabra gila masa tu. Maklumlah nak lawan dengan darters No 1 Malaysia. Darters antarabangsa pula tu. Masa Stroke tu, aku stroke macam biasa ler. Laju semacam je stroke aku. Game pun ingin dimulakan. Sebelum game bermula, saudara Amin mengatakan sesuatu kepada aku. "JANGAN LAJU-LAJU SANGAT". Aku tak paham apa maksud saudara Amin. sampai sekarang pun aku tak paham. Samada jangan baling dart laju-laju (tergesa-gesa) atau jangan score laju-laju. Entahla.

Pada set pertama aku telah melakukan UPSET. Aku telah Checkout dahulu. Rumah TOP. Aku pun macam tak percaya. Set kedua aku juga ada mendapat peluang melakukan Checkout rumah TOP. Tapi tak berjaya. Saudara Amin telah melakukan 'MAGIC'nya. 160 Checkout. Sesuailah dengan gelarannya. The Magician. Set ketiga aku tidak dapat menyaingi beliau. Dengan mudah aku di ratah beliau. Habis game, aku diberi pujian kerana semangat juangku pada 2 set pertama. Aku berterima kasih dengan saudara Amin yang memberi tunjuk ajar.

Kali kedua aku bertemu dalam pertandingan adalah di kejohanan jemputan 3some jemputan Jelebu. Team aku 'Gasing Darters  Y' bertemu dengan team TIGA AA pada pusingan ke3. Kami kalah.

Itu sahaja pengalaman yang aku ingat setakat ini mengenai beliau. Kepada darters lain yang ingin mengenali beliau, selalu-selalui melawati beliau di

Amin's Alley Dart Studio,
76A-GB Jln Cahaya 2/5,
Pandan Cahaya, Ampang,
Selangor Darul Ehsan.



atau lawati laman web TIGA dan lihat profile beliau di http://www.tiga-darts.jp/amin_top.html.


Ucapan Selamat Hari Raya

Ditulis Oleh Gasing Darters


Kami dari Gasing Darters mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Blog ini tidak dapat dikemaskini sehingga 22 September 2009.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN


Gambar Kenangan Di Sukan KWSP 2009 Kota Kinabalu Sabah

Ditulis Oleh Gasing Darters

Antara gambar yang menjadi ingatan.
.

Pencapaian Darters : Ramdhan Salleh (Dhan)

Ditulis Oleh Gasing Darters

Tiada info yang terkini diperoleh dari Darters ini. Sekadar gambar yang ada dalam simpanan.

 







Pencapaian Darters : Mohtharudin Kamarudin (MK)

Ditulis Oleh Gasing Darters

Ini adalah trophi-trophi dan medal-medal yang telah dimenangi oleh salah seorang Darters iaitu Saudara Mohtharudin Kamarudin (MK). Beliau baru aktif dalam acara dart ni tahun 2009 ini. Sebelum ini, beliau hanya sekali-sekala sahaja memasukki kejohanan dart amatur. Tetapi tidak pernah pernah sampai ke Separuh akhir. Setakat  Suku akhir sahaja. Beliau masih mencuba dan terus mencuba.
Tropi dan medal yang telah dimenangi



Dart yang telah digunakan oleh beliau.