PERLAWANAN PERSAHABATAN DART TIGA PENJURU ANTARA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG, KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (GASING DARTERS) DAN MAJLIS DAERAH JELEBU

Ditulis Oleh Gasing Darters





Buat julung kalinya, pihak KWSP (Gasing Darters) telah dijemput untuk menyertai perlawanan persabatan 3 penjuru antara MPS, KWSP dan MDJ. Perlawanan ini adalah telah dikelolakan oleh Sdr Masrul Azam Bin Kamarudin dari Majlis Perbandaran Sepang.

Perlawanan persabatan ini adalah sebagai satu latihan bagi setiap pasukan disamping meningkatkan lagi pencapaian setiap pasukan. Malah dengan perlawanan ini juga diharap mengeratkan persahabatan pemain dengan semua pasukan yang terlibat.

Terima kasih kerana telah mengundang Gasing Darters bagi mewakili KWSP bagi perlawanan persahabatan ini.

Tarikh : 16 Januari 2010 (sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Rumah Kelab Dart Bumiputra Sepang, F212, Jalan 6, Kosmopleks, BBST



0 komen telah ditulis:

Catat Ulasan

anda ingin memberi cadangan. Tinggalkan komen anda disini.