Pesta Sukan Kementerian Kewangan Malaysia 2009 - Darts

Ditulis Oleh Gasing Darters



KWSP & SC

Alhamdulillah, Pesta Sukan Kementerian Malaysia 2009 telah berjaya diadakan pada baru-baru ini pada 5 hingga 7 November 2009. Jabatan Perbendaharaan Penilaian dan Harta telah di beri tanggungjawab sebagai tuan rumah pada tahun ini. Sebanyak 13 acara telah di pertandingkan. Salah satuya adalh acara dart.

KWSP telah di wakili oleh pemain- pemain yang dipilih  dari pemilihan asas dari Sukan KWSP 2009 yang di adakah di Kota Kinabalu pada tahun ini. Pihak pengurusan telah memberi tanggungjawap Pengurus Pasukan Dart KWSP sekali lagi kepada Roslan Jais (RJ). Pengurusan Dart KWSP telah menyenarai pendek seramai 16 pemain bagi ke Kem latihan PSKK 2009 bagi acara Dart.  Kem latihan ini telah diadakan di Institut KWSP, Bangi selama  seminggu bermula 30 Oktober 2009.   Dari kem latihan ini, hanya 14 pemain sahaja akan didaftarkan sebagai pemain di PSKK 2009.

Pemain yang telah terpilih adalah:

Roslan Jais,
Sulaiman Mohd Noor,
Mohtharudin Kamarudin,
Ramdhan Mohd Salleh,
Shahrul Nizam,
Zakaria Mohammad,
Norlina Ahmad,
Saadiah Abd Malik,
Zainal Abidin Md Zain,
Saipudin Jaafar,
Badli  Mohamad Yassin,
Albert George,
Hasan Bahari,
Mohd Sharipulrizal Abd Karim,
Tajudin Mohamad

KWSP yang telah menjadi naib johan PSKK2008 telah di letakkan di kumpulan 2 bersama-sama Suruhanjaya Securities Malaysia, Bank Negara Dan Jabatan Perbendaharaan Penilaian dan Harta. Manakala dalam Kumpulan 1 pula adalah Kastam yang menjadi juara tahun lepas telah diundi bersama LHDN dan MOF. BSN telah menarik diri apabila telah diundi didalam kumpulan ini.

Pada peringkat Kumpulan 2, pada game pertama menentang JPPH, KWSP bermula agak baik. KWSP telah menang perlawanan ini. KWSP menang 4-1. Manakala SC telah menang tipis 3-2 dengan Bank Negara. Pada perlawanan kedua KWSP pula, KWSP telah dijadual bertemu pasukan 'adik beradik' iaitu SC. KWSP telah kecundang 2-3. KWSP hanya menang bagi 4Some dan Double Open sahaja. Manakala Bank Negara telah menang 4-1 menentang JPPH. Ini membuat KWSP menempuh jalan yag agak berliku. KWSP perlu menang perlawanan terakhir menentang Bank Negara. Alhamdulillah KWSP telah berjaya dengan kemenangan 4-1. Manakala SC telah menang menentang JPPH. Ini membolehkan SC menjuarai kumpulan 2 dan KWSP berada di tempat kedua juga layak ke peringkat Separuh Akhir.

Kastam yang menjuarai kumpulan 1 telah dijadualkan bertemu dengan KWSP dan SC di jadualkan bertemu dengan LHDN. Peringkat ini  laluan KWSP agak sukar. Perlawanan seperti ulangan Final PSKK 2008. KWSP bermula agak baik. 4 some telah menang agak bergaya dimana, 4 Some Kastam tidak dapat mengalahkan 4 some KWSP. Permulaan yang agak baik ini menyuntik semangat pemain-pemain KWSP yang lain. Malangnya Single KWSP yang di wakili oleh Saipudin telah kecundang kepada Razak. Double Open KWSP juga memberi tentangan yang hebat. tapi nasib menyebelahi Kastam. Double Open KWSP telah kecundang 1-2. Begitu juga dengan Double Mix KWSP yang diwakili oleh RJ dan Norlina. kalah 1-2 juga walaupun pada suatu ketika kemenangan seakan didalam tangan. Akhir KWSP kecundang 1-3 secara keseluruhanya. Manakala SC telah kalah kepada LHDN 0-3. Ini membolehkan Kastam dan LHDN bertemu di peringkat akhir dan KWSP dan SC bagi kedudukan 3/4.

Pada peringkat 3/4, Perlawanan begitu sengit. 4 Some KWSP telah kecundang kepada 4 Some SC. Malang masih menyebelahi KWSP. Walaupun meninggalkan jauh SC, tetapi tiada penyudah menyebabkan KWSP kalah pada Game 4 Some. Single KWSP yang diwakili Saipudin telah menebus kesilapan yang dilakukan oleh 4 some KWSP apabila menang 2-0 keatas Naza. Begitu juga dengan Double Open KWSP yang diwakili Ramdhan dan Mohtharudin (MK) menang mudah 2-0. Pencapaian hebat single dan double open KWSP tidak dapat diteruskan oleh Double MIX. kalah 1-2. game begitu dramatik sekali. Penyudah sahaja yang tidak dapat dibuat oleh double mix KWSP. Nasib yang sama berlaku kepada double Pegawai/veteran. kalah 1-2 juga dengan SC. keseluruhan KWSP kecundang kepada SC 2-3.

Syabas dan tahniah kepada pemain KWSP yang memberikan tentangan yang begitu hebat. cuma nasib tidak menyebelahi kita pada tahun ini. Cuba lagi tahun dengan.

KEPUTUSAN PENUH.

JOHAN :                      KASTAM DIRAJA MALAYSIA
N/JOHAN :                  LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI
KETIGA :                    SURUHANJAYA SECURITIES MALAYSIA 

1 komen telah ditulis:

  1. Tanpa Nama berkata...

    Tak apo warih,...kito training lagi...taun dopan juaro milik kito....

    Kan orang tuo2 koba, usoho tanggo kejayaan???

    Botul x??

Catat Ulasan

anda ingin memberi cadangan. Tinggalkan komen anda disini.