Kejohanan Dart 2nd Raya Challenge (Singles) Jemputan Bumiputera Sepang 2009.

Ditulis Oleh Gasing Darters





Kejohanan telah berjalan dengan lancar mengikut seperti dijadualkan..  Lebih kurang 44 orang peserta telah mengambil bahagian. Para peserta telah dibahagikan kepada 8 kumpulan. Kumpulan A – H. pada peringkat ini, 4 peserta terbaik setiap kumpulan akan layak ke Pusingan ke-2 iaitu seramai 32 orang.

Gasing Darters telah menghantar seramai 5 orang wakil yang diwakili Roslan Jais (RJ), Razif (RZ), Ramdhan (Dhan), Mohtharudin (MK) dan Putera Amar (Amar). Mereka berlima telah dipisahkan. RJ telah mengungguli kumpulan beliau dimana telah menang kesemua perlawanan peringkat kumpulan. Begitu juga Amar yang hanya kalah satu perlawanan dalam peringkat kumpulan beliau. Manakala Dhan telah memenangi 3 game dan kalah 2 game dalam peringkat kumpulan yang telah menempatkan beliau di tempat ke-4 kumpulan. MK pula bernasib baik, apabila 2 game awal telah kalah, tetapi memenangi baki perlawanan peringkat kumpulan yang membolehkan beliau berada ditangga ke-3 kumpulan. Manakala Razif pula seperti nyawa-nyawa ikan. Beliau telah kalah 3 game dan menang 2 game. Apabila pengiraan mata, 3 pemain memperolehi mata yang sama. Tetapi nasib menyebelahi beliau apabila pengiraan Set menang dan kalah. Beliau berjaya berada ditempat ke-3. kumpulan. Keseluruhannya, kelima-lima wakil Gasing Darters Layak ke pusingan ke-2.

Pada pusingan ke-2 (Round of 32), MK dan Dhan terkandas. MK telah kecundang kepada Naza dari KIARA (Securities Malaysia). Dhan kecundang kepada Kay. Amar dan RJ tiada masalah mengalahkan lawan masing-masing. Cuma tuah telah menyebelahi Razif. Pada set pertama, razif telah kecundang kepada Khairul @ Simon (Amin Alley). Pada set ke 2 ini tuah begitu menyebelahi beliau. Khairul yang telah memperolehi ‘rumah’ tidak berjaya menghabiskannya. Razif ketika itu ketinggalan lebih 300 mata berjaya menghabiskan permainan. Pada set penentuan, pemainan begitu dramatic sekali. Khairul terlebih dahulu mencuba checkout tetapi tidak berjaya. Akhirnya, Razif berjaya melakukan Checkout. Ini bermakna Razif mengiringi RJ dan Amar ke Pusingan ke3 (round of 16).

Pada peringkat ke 3 Amar telah berjaya memenanginya dan layak ke Suku akhir. Manakala RJ dan Razif terpaksa bertemu sesame sendiri. RJ telah memenangi set pertama. Pada set kedua, RJ telah mempunyai ‘rumah’ tidak berjaya melakukan checkout. Razif yang ketinggalan jauh berjaya melakukan Checkout. Situasi sama seperti ketika Razif bertemu Khairul. Razif telah memenangi 2 set berikutnya. RJ telah terkandas ditangan Razif. Tinggallah 2 wakil Gasing Darters ke peringkat Suku Akhir.

Pada peringkat Suku Akhir, Razif telah berjaya mengalahkan Naza dari KIARA. Manakala Aamar telah terkanadas ditangan Somet yang juga mewakili KIARA. Tinggallah Razif ke peringkat Separuh Akhir.

Pada Peringkat ini. Razif kecundang di tangan JSM (Bumiputra Sepang). Manakala Fauzi (JPN) telah mengalahkan Somet (KIARA).

Peringkat Akhir. Perlawanan begitu dramatic sekali. Perlawanan terpaksa ditentukan sehingga ke set penentuan iaitu Set Ke 7. Masing-masing telah mencuba melakukan Checkout. Akhirnya Fauzi berjaya melakukannya. Fauzi diangkat sebagai Johan pada Edisi kali ini.


Keputusan Penuh Seperti dibawah ini.


JOHAN : Fauzi (JPN)


NAIB JOHAN : JSM (BUMIPUTRA SEPANG).


Tempat 3/4 :   SOMET  (KIARA)
                        RAZIF (GASING DARTERS)


TEMPAT 5/8 :1. ZAMY (JELEBU)
                        2. NAZA (KIARA)
                        3. ARIFFIN ( BUMIPUTRA SEPANG)
                        4. AMAR ( GASING DARTERS)

Satu acara teka jumlah gula telah diadakan, dimana sebuah basikal sebagai hadiah. Hadiah ini telah dimenangi oleh Juanz yang meneka paling tepat dengan jumlah sebenar iaitu 1588 biji gula-gula.

                       
Antara gambar sempat diambil. 
(kualiti tak bagus, Guna kamera Handphone)

Aksi Final

mr Fauzi...


MR JSM





Antara penonton yang menyaksikan perlawanan akhir.









Naza (kiara) - 5/8


Amar (Gasing Darters) -5/8


Somet (Kiara) - 3/4


Razif (Gasing Darters) - 3/4


JSM (Bumi Sepang) - Kedua


JSM (Bumi Sepang) - Kedua


Fauzi (JPN) - Juara.



Juara telah disandang Mr Fauzi dari JPN


Mr. JSM. 2nd Place


JSM melakukan kejutan. Walaupun teruk didalam peringkat kumpulan, tetapi berjaya ke Final.



Pemenang Teka Jumlah Gula-Gula. Mr Juanz. Somet yang yang belakang tu menyibuk jer.

1 komen telah ditulis:

  1. Tanpa Nama berkata...

    eden pakai bomoh...tanam besi dlm tangan...hantu rayo ikut blakang..tu yang monang tu.....

Catat Ulasan

anda ingin memberi cadangan. Tinggalkan komen anda disini.