Jalan-jalan main dart di BANTING DARTERS CAFE
Ditulis Oleh Gasing Darters
Apa khabar semua. Nak ucapkan 'Selamat Hari Raya Aildilfitri' dahulu. Ucapan tahniah kepada saudara Masrul dari Bumi Dart Sepang kerana telah menimang cahaya mata terbaru pada hari raya bebaru ini yang telah melengkapkan pasukan '4 Some' beliau.
Kali ni aku nak perkenalkan satu tempat di Banting, Selangor yang menyediakan kemudahan bermain Dart. Tempat tersebut adalah BANTING DARTERS CAFE. Terletak ditengah-tengah pekan Banting. Tempat ini di buka oleh saudara Mano. Seorang Darters Veteran.
Setiap hari sabtu pada sebelah malamnya akan diadakan perlawanan 'blind draw' bagi Singgle dan Double. Kebiasaanya dalam 10 ke 20 darters akan menghadirkan diri di tempat ini. Disini terdapat kemudahan TV ASTRO disediakan bagi peminat bola EPL dan mungkin ada pasukan kegemaran bermain pada hari sabtu. Saya yang berkunjung tempat beliau pada hari sabtu lepas, dapat menyaksikan pasukan kegemaran saya bermain di kafe ini. dapat saya bermain dart sambil tengok perlawanan EPL. tiada masalah.
Kepada sesiapa yang berkesempatan bolehlah berkunjung ke Kafe ini. Alamat seperti dibawah ini.
BANTING DARTERS CAFE
No 63, Jalan Bunga Pekan 4,
42700 Banting, Selangor
Mr. MANO - 012-9308555
Boleh juga hubungi Mr. Edwin. Beliau adalah regular darters yang bermain di sini. Hubungi beliau di 014-6377133. Beliau akan datang bermain sama.
Sedikit gambar yang dapat saya ambil di kafe ini.
Mr. Mano. Pemilik Kafe.
MK dan Mr Mano.
0 komen telah ditulis:
Catat Ulasan
anda ingin memberi cadangan. Tinggalkan komen anda disini.