AMIN : TIGA International Player

Ditulis Oleh Gasing Darters






Kali ni aku nak tulis pasal seorang 'darter' Malaysia yang bertaraf antarabangsa. Darter yang ditaja oleh TIGA.  Beliau adalah saudara Amin Abd Ghani .Beliau satu-satunya darter antarabangsa yang ditaja oleh TIGA sebelum ini sebelum darter  Ray Carver ditaja.

Aku ingin bercerita serba sedikit pengalaman aku selama aku mengenali beliau. Aku mengenali beliau sejak 2008 walaupun beliau tidak mengenali aku. Aku yang mula aktif bermain dart tahun 2008. Masa tu aku begitu teruk sekali bermain dart ni. Aku berangan sekali ingin bermain dart dengan pemain yang terbaik dan terkenal. Ketika pada tahun 2008, aku hanya mengenali saudara Amin ini sebagai pemain No 1 Malaysia.

Ketika itu, satu kejohanan telah diadakan di Banting ( dekat rumah aku ). Pertandingan yang telah diadakan sebuah Pub di Banting. (lupa lak ape nama pub tu, pub tu dah tutup dah jadi kelab dandut). kejohanan tersebut telah di 'organized' oleh Mr Mano dan Mr. Edwin (darters Banting). Ketika undian, aku mengetahui saudara Amin turut serta memasukki kejohanan. itulah pertama kali aku aku melihat Amin. Kejohanan tersebut turut diserta oleh darters Zouk's , Bumi Sepang dan darters yang aku tak kenal. Maklumlah aku masa tu buta dart.

Ketika undian aku berseloroh. Biarlah aku diundi satu kumpulan dengan Amin. Sebab bagi aku kalah dalam kumpulan lebaih baik kalah di pusingan kalah mati. tapi aku tidak diundi satu kumpulan dengan amin. Okeylah tu. dalam kumpulan aku, aku mendapat tempat kedua dan layak untuk ke pusingan ke 2. Pada pusingan ke 2 aku dijadual bertemu dengan Haikal dari Zouk's darters. Aku menang 2-1. Macam tak percaya jer aku menang. Tapi aku aku tak tahu siapa yang akan aku lawan pada pusingan ke3. hahahah. AMIN. Mampus aku.

Pada pusingan ke3, aku dijadual bertemu saudara Amin. Aku gabra gila masa tu. Maklumlah nak lawan dengan darters No 1 Malaysia. Darters antarabangsa pula tu. Masa Stroke tu, aku stroke macam biasa ler. Laju semacam je stroke aku. Game pun ingin dimulakan. Sebelum game bermula, saudara Amin mengatakan sesuatu kepada aku. "JANGAN LAJU-LAJU SANGAT". Aku tak paham apa maksud saudara Amin. sampai sekarang pun aku tak paham. Samada jangan baling dart laju-laju (tergesa-gesa) atau jangan score laju-laju. Entahla.

Pada set pertama aku telah melakukan UPSET. Aku telah Checkout dahulu. Rumah TOP. Aku pun macam tak percaya. Set kedua aku juga ada mendapat peluang melakukan Checkout rumah TOP. Tapi tak berjaya. Saudara Amin telah melakukan 'MAGIC'nya. 160 Checkout. Sesuailah dengan gelarannya. The Magician. Set ketiga aku tidak dapat menyaingi beliau. Dengan mudah aku di ratah beliau. Habis game, aku diberi pujian kerana semangat juangku pada 2 set pertama. Aku berterima kasih dengan saudara Amin yang memberi tunjuk ajar.

Kali kedua aku bertemu dalam pertandingan adalah di kejohanan jemputan 3some jemputan Jelebu. Team aku 'Gasing Darters  Y' bertemu dengan team TIGA AA pada pusingan ke3. Kami kalah.

Itu sahaja pengalaman yang aku ingat setakat ini mengenai beliau. Kepada darters lain yang ingin mengenali beliau, selalu-selalui melawati beliau di

Amin's Alley Dart Studio,
76A-GB Jln Cahaya 2/5,
Pandan Cahaya, Ampang,
Selangor Darul Ehsan.



atau lawati laman web TIGA dan lihat profile beliau di http://www.tiga-darts.jp/amin_top.html.


2 komen telah ditulis:

  1. mk berkata...

    kalau sesape nak komen boleh bagi komen

  2. Gasing Darters berkata...

    aku dah ubah setting komen ni. so boleh tinggalkan msg

Catat Ulasan

anda ingin memberi cadangan. Tinggalkan komen anda disini.